Total Pageviews

Thursday, March 15, 2018

Mulut Orang, Ada yang berbau Wangi, Ada yang berbau Bangkai.

Akhirnya dapat join ‘Survey Corps'!

Baru tadi 1st try guna pakai cape SC ni bawa motor pergi ke tempat kerja.

Sumpah selesa bila bawa slow dan masa berhenti di kawasan lampu trafik bawah cahaya terang benderang bahang matahari, tak ada rasa panas pun.

TETAPI, malangnya baru sampai tempat kerja, ada yang memerli -“tanjung rambutan ada kosong tu”. Terdetik aku dalam hati, ‘kalau tanya dulu kenapa pakai cape ni ke, apa ke, kenapa tak jaket ke, kenapa tak sweater ke, ni terus nak perli. Abah kau lah’.
Masa nak balik pulak lagi seorang berkata “benda ni kan orang ‘Templar’ pakai”. Aku bagi penerangan simple “ni kan dalam cerita Harry Potter(budak ni tak tahu anime AOT) tu, sekolah elit part EU pun ada pakai cape(ye aku tahu ni aku main taram)”. Masa dekat tempat parking nak naik motor, aku melawak dekat budak tu bagi nak sedapkan hati aku sendiri “Puntianak Hijau weh, hahahaha”.

Kemudian, sampai je rumah... Aku buka peti surat, clearkan pamplet iklan, ambil bil, surat-surat yang bukan bernama aku pun. Tiba-tiba bahu aku dicolek aunty cina a.k.a jiran aku... Dia tegur sapa aku, mungkin sebab tengah pakai cape ni dia nak panggil macam tu je takut salah orang. Dia tanya aku dah makan ke, baru balik kerja ke, pot pet la sikit. Then anak dia turun dan bawa dia masuk kereta untuk pergi makan malam(biasa dah diorang ni keluar makan time-time macam ni). Anak dia pun tegur aku dan berbual sikit. Aku pun balik....

Sampai rumah, aku buka cape ni... Aku terfikir... Bestnya pakai benda ni, tak panas, tak serabut, nak bawa pun ringan bukan macam jaket... Tersedar, eh, aunty dengan anak dia tadi. Boleh borak dan sapa aku macam biasa. Dekat sini baru aku tahu. Bukan salah cape ni aku kena perli, tapi masalah orang tu sendiri. Aku terus diperli tanpa disoal, kenapa, mengapa, sebab apa?

Selesa kah aku pakai cape ni?
Kenapa aku memakai cape ni?
Kenapa aku pilih cape ni?

Tak ada soalan ni tiba-tiba ‘tanjung rambutan', tiba-tiba ‘Templar' pun masuk..

Lantak korang lah, 6 Hari bekerja, muka sama yang aku kena hadap. Benda aku, barang aku, keselesaan aku, tak fasal-fasal aku dah termakan NASI MANDI KAMBING, SPAG & JU'S SPAGHETTI, hanya untuk MAKAN TENGAHARI. Terima kasih atas penambahan stress.

Alhamdulillah kalau la aunty dengan anak dia tu tak tegur aku for sure aku asyik pot pet pot pet mengadu dekat partner aku pasal stress aku..

1 comment:

  1. benar...setuju.

    https://scienceleisure.blogspot.com/2018/04/biodiversity-hotspot-of-north-american.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...