Total Pageviews

Sunday, January 29, 2012

Maksud DAYUS . (Bahasa Melayu)

(Berita Sinar Harian : 29/April/2010)

Dayus

  1. hina dan keji (sifat atau perbuatan) Ayat: hanya laki-laki dayus sahaja yang membenarkan isterinya mencari wang dengan jalan tidak halal;

Kedayusan


  1. perihal (sifat) dayus Ayat: yang kekal dalam masyarakat yang jahil itu ialah kebatilan, kedayusan, kebodohan dan fitnah serta hasad dengki.

Mendayus

  1. menghinakan, mengejikan, merendahkan, mencerca

Nabi SAW bersabda :-


ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه

أحمد والنسائي


Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :


ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )


Sabda Nabi : -


وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله


Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)


Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.


Tujuan post kali ini dibuat oleh Mr. BR atas sebab Mr. BR sendiri dihina sebagai LELAKI DAYUS oleh sesetengah pihak tak ber-akal serta tidak mencari pengertian sebenar maksud DAYUS yang sering disebut²kannya . Juga sebagai info fakta dan ketelusan maksud DAYUS ini harap tidak disalah-gunakan oleh wanita² diluar sana kerana ia bukan sahaja menghina, ianya juga fitnah .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...