Total Pageviews

Monday, September 6, 2021

Be a LEADER, jangan jadi BOSS!

 


Simpan sini untuk kenangan.


Head of Operations department buat job yang teliti atas cara nak mengelakkan kedai terpaksa tutup bila salah satu staff terkena C-19,


1 - team staff outlet dibahagikan pada 2 team. Team A dan Team B.

2 - team A dan team B akan bergilir berkerja mengikut harian, seperti contoh Isnin, Rabu, Juma'at, ialah Team A masuk kerja, manakala Ahad, Selasa, Khamis, Sabtu, Team B. Bergilir la sampai tah bila..


•Manager stay Team A, aku lead Team B as most of benda system tech aku carry sebab dah memang aku suka buat benda² tu dan aku sendiri suka solve issue system dengan cara aku sendiri dalam masa yang cepat dalam kiraan masa rekod yang aku tetapkan dalam kepala aku.


NAMUN.


Kerap sangat pulak masuk personal message dari Manager/PIC. Sedangkan outlet ada workgroup chat untuk inform apa-apa perihal pasal pekerja.


Kalau hal tersebut pasal kerja dan TELITI TEPAT nya ia tentang tatacara kerja aku, aku faham la kena mesej personal. Ini info² kerja yang berkaitan dengan semua staff pun di share secara personal sekaligus menyebabkan aku tertanya-tanya "Ni mesej ni pasal siapa ni..? Ni hal kerja branch kita orang ke..? Ni semalam aku ada buat silap ke..?"


Tolak tepi la kerja yang aku buat, Manager ambil nama. Ni normal dah mana² tempat kerja pun.


•Al kisah aku buat stock receiving pada 30 Ogos 2021, dah buat elok semua siap noted dari arahan team handle supplier "Jangan buat penerimaan stok untuk 'Delivery Charges'". Aku buat seperti yang diarahkan.

•Jatuh pada hari Juma'at 3 September 2021, minggu yang sama, masuk stock lagi, dan perkara yang sama aku buat iaitu tidak membuat penerimaan 'Delivery Charges'. Tetapi, di keesokan harinya aku cuti, aku terima personal mesej dari Manager/PIC aku ni berbunyi "when select the quantity receiving time, dont fill in for delivery fees". Mula la aku pelik dan gelabah, aku ada buat receiving benda tu ke hari Isnin atau semalam?? Mesej tu ada tag 'forwarded' means mungkin team handle supplier baru inform si manager ni.


Benda pasal info tu BOLEH JE SHARE DALAM WORKGROUP CHAT instead of hantar personal message, tak pasal² aku call manager aku tu, aku tanya yang aku ada salah key in ke apa. Masa call tahu pulak tergagap-gagap macam orang tak reti terangkan apa benda yang dia nak buat.


Bila aku sound benda pasal info kerja group hantar la dalam workgroup chat, jangan hantar personal message, as dah salah anggap ingatkan ada buat silap ke apa rupanya cuma information semata-mata. Boleh pulak dia jawab:



[4/9/21, 11:46 AM] Some messages i dont wanna share to group,.i got my own reason

[4/9/21, 11:47 AM] Ok then next time whatever good or bad i will share to group



Pertamanya, own reason tah apa benda nya kita kerja di outlet yang sama. Kau pekerja, aku pun pekerja. Cumanya kau pekerja yang berpangkat dan sepatutnya lebih bertanggungjawab, memahami situasi dan keadaan. SEPATUTNYA. Big BOSS dekat sana tu tak ada pun dalam kedai ni. Disarankan buang sikap ego "aku boss".

Kedua, ni ugutan ke apa "good or bad I will share to group".



•Hari ni 6 September 2021, Isnin, PICs dan Managers ada meeting bermula dari 9 pagi.


AKHIRNYA masuk pun mesej dari Manager aku ni ke dalam workgroup chat. NAMUN!


Mesej dia tetap jugak bangang seperti orangnya.


"Hi **** crew,


when receiving cash sales from customer always hand count first in the cashier area.


Is was a case happen last week a crew received cash from customer didn't hand count and head direct to use money count machine count the cash, in the time crew didn't realise it have a memory set on the machine and cause crew short collect total RM800 from customer."



Secara bersangka baik: Aku rasa mesej ni adalah info dari meeting.


Secara bersangka buruk: Dia ni dah bodoh apa punya tahap ni, minggu lepas ada ke outlet short RM800. 


Kalau ada siapa yang buat? Team A? Team B? Team B yang aku handle tak ada pun short ke apa jadah. Means info cerita dia ni ada possible kes daripada OUTLET LAIN atau team dia sendiri. Ni la why kerja elok dah senang buat jadi stressful bangat, dapat manager nokharom namatey ababieee..


Aku selalu berpegang pada cara aku, jangan sesekali fikir "best jadi BOSS" sebaliknya buat cara 'seorang leader'.



Tuesday, July 7, 2020

Selamat Ulang Tahun Pertama

Disini aku mengucapkan selamat ulang tahun yang pertama dalam perkahwinan kami, Mohd Rahmat dan Siti NorSyafika.





Sebagai mana mengelirukan kisah hidup aku sebelum ini, begitu juga dengan kisah yang nak aku cerpenkan sekarang..

Mei 2018, pada waktu itu aku telah membuat keputusan untuk menjadi pasangan kepada kekasihku, Siti NorSyafika. Setelah dia selama ni berselindung sebagai kawan. Empat tahun pulak tu dia tenung pandang aku macam tu je. Rupa-rupanya....

Jun 2018, Raya Aidilfitri 2018, aku buat pertama kalinya bertolak sendiri ke Kelantan dari Kuala Lumpur bawa motor sedangkan aku paling tak suka dan dan takkan keluar dari Kuala Lumpur ni lagi-lagi nak pergi seorang diri.
-Demi berjumpa kedua ibubapa kekasih aku dan juga kenali ahli keluarganya.
-Dan menyuarakan isi hati untuk menjadi pasangan hidup Siti NorSyafika. (Part ni sememangnya aku biasa buat dari dahulu sebenarnya cuma yang lain-lain tu mungkin bukan lah jodoh aku)

Januari 2019, aku lagi sekali ke Kelantan tapi kali ini aku tak bawa apa-apa kenderaan. Aku naik bas. Perghhh berjam-jam baru sampai wehhhhhhhhhhhh! Dan untuk kali ke dua aku ke Kelantan ni sebab nak mengikat bertunang... Beli la cincin ikatan. Beli dekat sana, sebab aku tak tahu nak beli cincin macamana kang kena tipu tak fasal-fasal je. Solo cowboy 🤠 pergi meminang anak orang. 🤦🏻‍♂️ Aduh.



Julai 2019, 6 Julai 2019 selepas Isyak kami sah diijab kabul serta merta menjadi bekas kekasih dan terus dapat gelaran baru iaitu Suami Isteri.. Alhamdulillahirobbilalamiinn...









Begitu la ceritanya. Part yang tak berapa orang nampak tu, isteri aku ni dulu housemate ex aku. Senang kata, kira takde jodoh la yang sebelum tu. Itu la ini senang je dipermudahkan urusan.. Alhamdulillah.


-Sekian as'salamualaikum..


Thursday, March 15, 2018

Mulut Orang, Ada yang berbau Wangi, Ada yang berbau Bangkai.

Akhirnya dapat join ‘Survey Corps'!

Baru tadi 1st try guna pakai cape SC ni bawa motor pergi ke tempat kerja.

Sumpah selesa bila bawa slow dan masa berhenti di kawasan lampu trafik bawah cahaya terang benderang bahang matahari, tak ada rasa panas pun.

TETAPI, malangnya baru sampai tempat kerja, ada yang memerli -“tanjung rambutan ada kosong tu”. Terdetik aku dalam hati, ‘kalau tanya dulu kenapa pakai cape ni ke, apa ke, kenapa tak jaket ke, kenapa tak sweater ke, ni terus nak perli. Abah kau lah’.
Masa nak balik pulak lagi seorang berkata “benda ni kan orang ‘Templar’ pakai”. Aku bagi penerangan simple “ni kan dalam cerita Harry Potter(budak ni tak tahu anime AOT) tu, sekolah elit part EU pun ada pakai cape(ye aku tahu ni aku main taram)”. Masa dekat tempat parking nak naik motor, aku melawak dekat budak tu bagi nak sedapkan hati aku sendiri “Puntianak Hijau weh, hahahaha”.

Kemudian, sampai je rumah... Aku buka peti surat, clearkan pamplet iklan, ambil bil, surat-surat yang bukan bernama aku pun. Tiba-tiba bahu aku dicolek aunty cina a.k.a jiran aku... Dia tegur sapa aku, mungkin sebab tengah pakai cape ni dia nak panggil macam tu je takut salah orang. Dia tanya aku dah makan ke, baru balik kerja ke, pot pet la sikit. Then anak dia turun dan bawa dia masuk kereta untuk pergi makan malam(biasa dah diorang ni keluar makan time-time macam ni). Anak dia pun tegur aku dan berbual sikit. Aku pun balik....

Sampai rumah, aku buka cape ni... Aku terfikir... Bestnya pakai benda ni, tak panas, tak serabut, nak bawa pun ringan bukan macam jaket... Tersedar, eh, aunty dengan anak dia tadi. Boleh borak dan sapa aku macam biasa. Dekat sini baru aku tahu. Bukan salah cape ni aku kena perli, tapi masalah orang tu sendiri. Aku terus diperli tanpa disoal, kenapa, mengapa, sebab apa?

Selesa kah aku pakai cape ni?
Kenapa aku memakai cape ni?
Kenapa aku pilih cape ni?

Tak ada soalan ni tiba-tiba ‘tanjung rambutan', tiba-tiba ‘Templar' pun masuk..

Lantak korang lah, 6 Hari bekerja, muka sama yang aku kena hadap. Benda aku, barang aku, keselesaan aku, tak fasal-fasal aku dah termakan NASI MANDI KAMBING, SPAG & JU'S SPAGHETTI, hanya untuk MAKAN TENGAHARI. Terima kasih atas penambahan stress.

Alhamdulillah kalau la aunty dengan anak dia tu tak tegur aku for sure aku asyik pot pet pot pet mengadu dekat partner aku pasal stress aku..

Wednesday, November 29, 2017

Betrayed, Lost, and Found.

“From the search for a new smartphone... I stumbled upon a lot of many varieties of cool and futuristic features among the top, best, smartphones in the market.” 
“First look at iPhone 8. Were really wanted to feel how does iOS feels like and how it operates. But due to it lacks of dual SIM card functionality, it's out of my wishlist..” 

“Second thought of LG smartphones, immediately flashed back that LG in Malaysia kind of low on after-sales-services and their service center also far away in Tropicana in Subang” 

“Third survey choice on Asus such a waste of time since their top model are just on ‘Selfie’ diorama. Also they did broke my heart by lying about Zenfone 3 Deluxe that NEVER ARRIVE at ALL.” 

“Forth survey was conducted on Note 8 by Samsung. But... As soon as my normal ‘research on bad reviews’ it's so I can differentiate either to take the phone or not... Almost EVERY REVIEWERS said ‘DO NOT BUY THIS PHONE’ and they all have their reasons. So that's the end of Note 8 survey.” 

“Almost giving up all hopes on buying a new smartphone, might as well just keep on using my Nokia 216.” 

“But then, I remembered.. Couple of my customer did mentioned that they experience bad internet connection when in a outback region. But, their friend doesn't have any issue even on the same service provider company (eg. U Mobile). I asked what's the phone they been using? He replied, Huawei.” 

“From there I searched, surveyed, everything about Huawei. Then I fell in love with the ‘Dazzling Blue’.. Just because of my needing to have a lasting impression on power and stability, I've picked P10 Plus. (Mate 10 too damn bulky).” 

“Did I ever hold a Huawei before? Nope. Have I seen the phone before I would like to buy it? Nope. This is in fact is my first time ever to survey just by online, didn't even hold a display set since all of Huawei Store I visited didn't put P10 Plus on display. Everything I imagined it just by on the internet.” 

“First day I uses it. I'm impressed with the battery life usage. Since I played all of my app and games throughout the day, it does the job very well. The phone also includes a super charger adapter that really amazed me for it charges my phone from 0-100% just by an hour and 10 minutes. Tried with GPS usage, gaming, all day on Bluetooth connection, Facebook streaming, YouTube playlist of Misteri Jam 12, still, it lasted from morning till the next 15-16 hours usage. And the camera, at first I was like ‘WTF the camera settings are like airplane switches’. But then, after a few tweaking occurred, I love photographing!! The one and only phone that make me love photography! Hopefully this will be my most recent and outlasted best phone ever I ever have.” 

“Betrayed by Sony when they made a corrupted Android 7 update on my Xperia Z5 Premium and simply just left it to die with no further update to fix the issue..” 

“Now I've found a new companion. It lasted more than a day even with all my usages. Does the job. And, made me fall in love with ‘Photography’. Goodbye old friend...”

#p10plus#automode
#snapseed
#lifelog
#new
#old
#betrayed #sony
#huawei
#malaysia



Wednesday, July 19, 2017

As your heart being broken, so am I....

Breaking your heart felt as just as breaking my own heart...

Mirror Effect in any way...

Though I said "I hate you", truthfully I am far from what I've said....

As we argued, hatred compiled. The urge to be together are no longer felt.

Silence is the only thing that we both been doing for now....

Either it's still because of hate, or simply just doesn't want to back down to admit there's something wrong with this picture?

3 years, 5 months. 5 days.. +1 year as a friends.....

Will this be the last chapter of us? As you screamed for my death and I wished for your disappearance? So this is the final of us?

As if you read this...... As just you said earlier... I'm unworthy to have a partner... As I broke your heart.

Maybe that's true.. In fact, might be true... But the thing is......

As I broke your heart and as we argued so many time.... I've also, broke my own damn heart by beating our love story to the end of our relationship..

'Well it's easier to say you're mad than to admit that you're hurt'

I really do miss.... What we almost had.............. Love.
I miss that moment so much.......

Monday, April 3, 2017

April..... 2017



As'salamualaikum... Sekali lagi aku buka blog yang dah lama aku tak endahkan......

Baru² ni.... Pasangan aku, Miss Shafienaz, ada mengadu tentang kenduri kahwin kawan dia.. Yang mengajak semua orang(mengikut gambar² perkahwinan; hampir semua kawan yang lain dijemput/ajak) tetapi, tak jemput dia... Masa ni aku cuba tenangkan dengan berkata "kawan bukannya penting" (Maybe sebab aku sendiri dah takde kawan[so baik atau tak apa² jelah]).

Then.... Baru ni hari Sabtu, kawan dia yang aku sendiri pun kenal, tiba² dah kahwin(sebab aku ada nampak gambar bekas kawan baik Miss S bergambar dengan si pengantin). Aku pun memang tengah on-call dengan Miss S terus tanya la "Eh kawan U si F ni baru kahwin lah takde pergi ke?" Terus dia marah² letak phone..

Nak cakap lebih kang.... Lagi mengeruhkan keadaan, tapi tu la...... Aku sendiri dah rasa macamana orang lain aku... Bila nak cari gajet tak pun barang² elektronik baru nak tanya khabar. Kata orang kawan tu boleh bantu susah dan senang. Mana ada...... Aku sendiri dah masuk 26 tahun, kawan masa budak² sekolah dulu boleh la panggil kawan. As sekarang semua jadi lawan.. Jumpa pun takat angkat dagu tanda menegur, tak pun "eh wey, bla³, okay la aku ada hal ni nanti aku PM kau". Tapi then terus senyap......

Yang baca ni if ada yang cakap 'apa la takde life kawan pun takde', memang ada je orang yang takde kawan. Kawan sekerja tu panggil kawan ke? Yela time kerja je sudah. Kawan FB? Kawan dalam FB jelaaaaaaa... Ni pun aku curi pinjam kawan pasangan aku tak pun mana² musuh EX aku tu aku buat jadi kawan aku. LoL.... Tahi ah. Kesimpulan aku, kawan tak penting kalau takat nak isi ruang hidup baik isi pengalaman dalam ruangan² kosong tu. Dari buang masa, tenaga dan duit sebabkan KAWAN.

Wednesday, August 10, 2016

Makhluk Tengkuk Bengkok



**BARU BERLAKU TADI**
Aku bekerja masa kejadian ni... Sejak POKEMON GO dilancarkan, tak habis² orang duk main telefon depan kedai aku, manager aku ada sebut yang dekat² kedai kita orang ni kata 'POKESTOP' (betul² dekat, tak depan, tepi kedai).
So bersepah² la makhluk tengkuk bengkok ni depan kedai kita orang.. Mula² tak la terasa sangat.... Kemudian..... Makin lama, makin menjengkelkan sejak dia orang ni mula pura² usha telefon pameran padahal tengah cari pokemon. Ada gak yang muda, ada yang tua, tak kira bangsa la....
Pulak petang ni, aku ada la nampak 2-3 orang ni, dia orang tak berdiri sekali, satu dekat depan kedai aku, satu dekat kaunter informasi sana, satu dekat tepi dinding kaca House Of Leather kedai sebelah. Aku pun ambil la keputusan pergi jumpa Kak Nurul a.k.a orang kaunter informasi low yat plaza. Masa aku pergi dekat dia, aku tak tahu yang duk diri sebelah dia time ni tengah MAIN POKEMON. Lagi² dia tu pakcik nampak tua dalam 30an+ juga sedang berkopiah....
Aku pun mula la berpot-pet... Aku - "Pebenda diorang ni.. Main pokemon go macam la best sangat, saya yang gamers ni pun tak main. Bukannya konsep sama macam game pokemon dulu pun. Dulu pokemon mainnya ada lawan² binatang, nak tangkap boleh, nak lawan dengan binatang tu untuk naikkan level pun boleh. Ni pokemon go ni takde menda hape pun asyik tangkap tangkap tangkap tangkap tangkap tangkap tangkap macam ape je dah" SAMBIL TUNJUK DEKAT DEPAN KEDAI AKU yang mana ada satu lelaki tengah sapu² jari telunjuk dia ke atas dekat telefon dia..
Tiba² Kak Nurul buat muka menyampah sambil bagi klu tunjuk dekat lelaki yang berdiri sebelah kaunter informasi tu sambil bisik kuat - "Ni pun same gak!"Aku perasan jugak masa aku tengah membebel tu dibalik ekor mata aku ada nampak yang lelaki sebelah kaunter ni macam tersentap dan ada pandang aku.
Aku pun buat² balik ke kedai aku dan dari kedai aku tu, aku nampak dua orang lelaki lain pun siap berkopiah merapati lelaki tadi. DAN, lelaki tu ada cakap sesuatu pada dua lelaki yang lain tu SAMBIL pandang kedai aku(atau pandang aku kot).
Bila mereka bertiga dah pergi, aku pun pergi kembali pada Kak Nurul dan bertanya - "Ha ape yang diorang cakap tadi? Muka pun macam tak puas hati je?" Kak Nurul balas - "Dia cakap 'Apa Masalah Dia Tu!?', Tak puas hati la kot dengar ko cakap macam tu tadi" Aku cakap balik - "Ha bagus la tak puas hati, dia cakap 'Apa Masalah?' Dia tu yang bermasalah, TENGOK CERMIN, PATUT DIA TU TENGOK CERMIN DIRI SENDIRI. Main pokemon sampai macam tu sekali, macam takde arah tuju berjalan pun tengok telefon, berdiri pun tengok telefon, da la dah berumur, dengan berkopiah lagi tu tanya 'Apa Masalah Dia Tu?' Hershhhh...." Mengeluh aku diakhir kata² aku...
Kak Nurul pulak jenis orang yang garang²/kerek² geleng kepala dengar aku cakap macam tu. "Tu la pasal... Tak padan betul." - jawapan Kak Nurul.
Aku da BOLEH FAHAM depan MATA, tak perlu penerangan, MEMANG POKEMON GO ni ada LEBIH keburukan dari KEBAIKAN. Aku dah main banyak jenis game, dan POKEMON GO ni takde fungsi tersendiri pun. Takat buat orang berjalan sejauh kilometer tertentu, benda yang kau nak buat/selesaikan pun memerlukan kau berjalan. Elok² jadi manusia biasa, nak gak jadi unta soh-hai TUNDUK PADA TEKNOLOGI. Bagusssssss....

Wednesday, March 16, 2016

Hanya pasal 'kahwin'.......

Bulan 5 nanti satu²nya adik lelaki yang aku ada nak kahwin dah.... Tengok FB lak cerita semua pasal kahwin. Lagi pasal Fitra, 20 tahun, kahwin muka nampak macam budak² je sebab penyakit talesemia(tah betul ke tak eja ni). Jelly je aku tengok macam budak dapat kahwin. Pergi kerja buat service job ke Service Center, pun perempuan kaunter tu bagi kad jemputan 2 minggu lagi nak kahwin..

Termanggu aku.... Fikirkan aku pun nak kahwin... Tapi kewangan tak stabil lagi.. Fikir² dalam diam, fikir fikir fikir..... Tup², da nak pukul 4 pagi da ni, esok da la kerja FULL.... Ni da dapat baring atas katil, boleh pulak baru terperasan, charger phone tertinggal dekat tempat kerja. Hammmmpeh....... Makan dalam betul.. Dengan phone² pun jadi mangsa.

Saturday, February 13, 2016

Not much words to say since it happened again..

Simple word for a simple meaning.
It's righty's turn since last time I put the blame on lefty.

Logic, UNREASONABLE. What a waste of thought.

Wednesday, December 16, 2015

It's a new day, it's a new life....!

As'salamualaikum w.b.t......

Alhamdulillah everything is fine.

It have been years since my last post.
I've changed, I'm happy, wealthy in health alhamdulillah, and fullest of joy.

Ongoing relationship with a girl. It's almost two years now. Alhamdulillah we both have gone through pre-wedding course. Insya'Allah, hoping we will move into a marriage relation. Amin....

About my bike, on 12 of November 2014, there's a darn idiot taxi have hit me on the right side and took me about 6 month due to claiming process and repairs... Luckily with a heavy stroke of patient, the wait worth it. And by the power of God, I only got small scratch by my elbow. Though the bike has been look like a TWO FACE version...

What else eh...? Em.. I've got myself a Sony PlayStation 4, SmartWatch 2, changed my TV to a Sony LED Smart TV, bought a new LG refrigerator.. And a new phone! OnePlus Two. Was using Z3 Tablet Compact though, but it's a tablet.... So I just have to change it.

Hoping to continue my story later.. Or sooner... Insya'Allah. As'salamualaikum.. 😄

Friday, December 6, 2013

Maybe it's just me.....

I'm being dumped.....

Again....

I think it's just..... Me.


Am I destined to be alone for the eternity of my life...?

The more I tried to have someone, the more.... I am alone.... Oh my..

So this is it.... I waking up to my own reality...

I think enough is enough... I will never have someone by my side..

To loves, to be loved.... I'm gonna have to accept the truth...

I have to endure.... To be alone, forever....

Friday, November 8, 2013

Hello..... Meet my Kawasaki EX250L Special Edition Green with 2014 Design ☺

It's November! My bike is just around the corner!!

Will be available next week! But...... Kinda worried though because
it's been so long I haven't ride a bike...

Plus... It's also my 1st time riding a clutch bike.. NOT a standard gear bike.
Wish/pray my successful yeah. I'm going to ride it for the 1st time from Kajang

to Kuala Lumpur. O_O (OMG)

Well here's couple pictures of the SportBike I ordered.


Tuesday, October 29, 2013

Dadali - Disaat Sendiri....






Hari demi hari t'lah ku lewati

Tak pernah aku bersamamu lagi
T
ak pernah aku menduga
Kau akan pergi tinggalkan aku
(Hampir setiap hari aku fikirkan kau tinggalkan aku..)

Jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu
(Kau pergi jauh balik ke Muar, aku sunyi, aku cuba cari kekasih baru.. Tapi....)

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku
(Sememangnya aku rindukan kau.. Masih aku bayangkan kau berada di Rawang...)

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri
(Bila aku sendiri... Aku sentiasa terhenti, mengenangkan kisah aku dengan kau.....)

Ooh jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

(rindu aku, sangat rindu kamu, terasa sejak kau masih ada di dekatku, tak mudah aku melupakan dirimu, di saat aku terbangun dari tidurku)

Ooh rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri...

Wednesday, June 26, 2013

Introducingggggggggg My NEW Phone!!

As'salamualaikum & Greeting!


It's been so long since I update my blog..... -_-"
(Because I've broke my wrist though........)

Okay! Now to show you my new gadget!
A very tiny phone that bring a HUGE impact to the user~~~~

Meet, Wireless Me (WiMe) NanoSmart!




I made my purchased at www.ipmart.com (http://www.ipmart.com.my/main/search.php?find=nano+watch&in=18566) - (Got 6 month warranty by them too) ,
The advertisment about it I found it on 
Only In Malaysia (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=591259587573175)
My own review about this WiMe NanoSmart Watch?

#1 Great gadget because it could make call/sms (receive & call out, send & reply) even with it tiny small size.

#2 Even with extensive usage (playing songs, call, sms) it still could stand up to 12hours, even it charge not taking more an hour!
It took LESS THAN AN HOUR TO FULL! ☺ 


#3 Strong vibration, good for those people who seldom check their phone of in case there's anything important.


#4 So cute tiny size and it's easy to use. Just the SMALL SCREEN are not suitable for some people with BIG finger/limited eye-sight to read SMALL font words..


#5 Very very verrrrrrrrrrry needed for people that's using two phones like myself BECAUSE! #6.


#6 This NanoSmart can be synchronize with your smartphone. Same function as 
Sony SmartWatch , it will notify you when you received a call, message or an email for instead. Not only that, it could use as a phone!-Personally. Plus, it also could be synchronize with ANDROID AND iOS Apple. Not like the Sony's, it only works with Android platform.

And that's my simple review for my new tiny phone-watch, NanoSmart.

Be Awesome, Be Smart.
Be Me. ☺

Monday, January 14, 2013

My NEW Phone, Nexus 4! ;)

After THREE(3) month I've waited for it.....

Worth it!! Now I've own the LG Nexus 4.

Arigatozaimase to my Big Boss, Mr Mike for cutting the queue just for me. :D
It's pre-launch on 14th January(today!!) Well I'm so darn excited!!
Well, this is it. :D




Syukur Alhamdulillah. . . .

Both phone are awesome!! I love both of it!!!

Sunday, January 13, 2013

1st Time Bike Accident....... JUST BECAUSE OF A DOG!!!

It's around 11:10pm on 12th of January 2013,

I was just on my way home after send Gba back to her hostel......


Just slightly at the flyover infront of the Batu Caves's entrance, after making my way to the left side of the road(I mean exit from the main road-freeway)....

I've been struck by a REALLY STUPID IDIOT DOG wanted to across the road,
brake by brake I manage to stop EXACTLY by the dog and.......

I've fall, with my bike(Ego S-Just A Scooter) together we've been dragged and I quickly put myself together and straight gone back home.....

Reminded about my scar on my elbow and hip....
It's also cause by DOGS.

Just for note, 2-3 days ago I was NEARLY hit by a car, how? He(noticeable Chinese Uncle drove a Wira) makes a U-turn(but by my position he was horizontally cross my path which is the main road) WITHOUT even looking at me!! Made me swing my bike to the opposite road though... LUCKLY there wasn't even a vehicle that time. A day after that, I was on my way to work, same thing happen, except this time was SHE that driving. She drove a Honda City, BUT that time I didn't give her a chance to crossover my road, giving away flashy high-beam and low-beam light she didn't cross the road....

But today, coincidentally, it's just like a sign.... That I've accident, by the same event same as I was nearly accident before......

Allahualam...



My feet, I think that's a hole. :p

Tuesday, November 6, 2012

Happiness. . . . .

In a time. . . . . .

Since I'm so darn busy working and spending time with my lovely lover, I haven't have the time to update my blog at all. . . :\

And now, Hi! As'salamualaikum. . Lately what have happen ;;

-I bought a Yellow Sony Xperia Go as replacement to my old Samsung Champ. :)

-I'm no longer working at Notebook Studio due to the renovation, now I'm working with Sony! Though I missed my old colleagues. . . They're AWESOME!

-Next upcoming phone for me, LG Nexus 4! After I bought this pretty thing, my Samsung Galaxy Tab will be given to my dear girl. :D
Here's the specifications.
http://www.gsmarena.com/lg_nexus_4_e960-5048.php

-What else eh. . . . . License P for car and bike, blarhhh, not important. . Uhhh. . . . . No idea for now. Stop!
Thanks for reading, bye²! :D

Saturday, June 16, 2012

Sadness . . . . .

Sadness . . .

Guessing why I'm writing a title about sadness . . . ?
Here I tell you a story about today . . .

      It's was a calm but busy Saturday . . . . Until when my work shift are about to end, I saw a picture of a guy. . What's wrong ? Nothing wrong with that picture . . . . Except for the comment of that picture . . . There I saw my girl's comment . . . . She complimented the guy that he's cute . . . I, of course get jealous . . Envy . . . But . . Who am I to jealous . . ? Of course, I am NOBODY to her . . . It's starting to get worse when her picture were liked by that guy and she was like "Hey, you like my pic?" . . . Damn . . . I've never be reply by her even if I liked ALL of her pictures . . . Which that I have ALREADY DID, tear my heart in such . . . . . PAIN . .

      When I was on my way back(I was on my bike), I thought about my love life . It's such . . . . . PATHETIC . NOTHING more worse than my sad dumb love life compare to ANYTHING else . . . I was riding at 110km/h nonstop at Jalan Kuching, the road was crowded with cars(because it's the time for everyone to get back home) . I didn't notice it until I took corner to the left, I somehow suddenly have a 'flu' . Then I realized . . . I was crying . . . . .

      I have a very fragile heart, but at the same time I also have a fierce-burning heart . . . Again, I saw my girl commented some of . . Wait, what the f***, she's not my girl . I don't have any . I'm the one who THOUGHT that I have a girl . I'm PATHETICALONERSTUPID IDIOT, UNWELCOME and I just DON'T DESERVE to have anyone . . . . Haaa . . I'm crying . . . . :'|

      Am I really will always and forever be sad like this ? Cursed to be NEVER be loved or cared to . . . What am I made for actually ? To be so PATHETIC like this ? For ETERNITY ? I seek for happiness . . . . And what have I found for the last SIX YEARS . . ? Sadness at all time . . . . . . . . . .

Thursday, May 17, 2012

Maut Jatuh Pangsapuri

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat empat rumahnya di Pangsapuri Villa Angkasa dekat Sentul di sini, malam kelmarin. 

Kanak-kanak terbabit ditemui terbaring di kawasan letak kereta pangsapuri itu jam 9.45 malam oleh seorang penduduk sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan kecemasan.


Bagaimanapun, mangsa yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia selepas empat jam diberikan rawatan di hospital.
Difahamkan, ketika kejadian, ibu kanak-kanak itu sedang mandi, manakala mangsa bermain bersama adik bongsunya berusia tujuh tahun dalam sebuah bilik. 

Sumber berkata, kanak-kanak itu memanjat tingkap di bilik berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh ke tempat letak kereta pangsapuri terbabit. 

Katanya, sejurus kejadian itu, seorang lelaki yang juga jiran mangsa terdengar bunyi dentuman kuat di kawasan letak kereta sebelum bergegas melihat apa yang berlaku. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. 
Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.






-Al fatihah kepada adik Putera Shahrul Nazmi . . . .

Wednesday, May 16, 2012

Takziah kepada adik Putera Shahrul Nazmi . . .


Arwah berjumpa Bunny pada 13 May Ahad malamnya . . . .

14 May:- Disebabkan sudah pun pukul 3pagi, Bunny mengambil keputusan untuk terus berada di rumah Ibu arwah .

Ditemani Ayin dan Bella, Bunny tidak tidur hingga lah azan Subuh berkumandang . Pada waktu itu . Kak Ella(ibu arwah) dan kedua anak lelakinya baru sahaja bangun dari tidur lantas terus bersiap-siap untuk persekolahan .

Semasa bersarapan, arwah dan adiknya ternampak Samsung Galaxy Tab Bunny dan mereka nampak teruja ingin bermain dengannya .

Pagi itu Bunny menemani Ayin menghantar kedua-dua anak lelaki Kak Ella ke sekolah mereka tidak jauh dari rumah . Ayin memandu kereta Kak Ella . .

Semasa Bunny bersalaman dengan arwah, arwah berkata . . . . "Abang Bunny balik pukul berapa? Abang Bunny tunggu Puya dengan adik tau. Kita orang balik pukul satu nanti ." . Bunny cuma jawab "Bunny tunggu sampai petang ." sambil senyum pada arwah . . .

Pada waktu tengaharinya, selepas menghantar Iera di Stesen KTM Sentul serta menghantar Bella ke sekolah, Bunny kembali ke rumah Kak Ella, arwah serta adiknya melonjak gembira melihat Bunny masih di rumahnya sambil berkata "Abang Ayin tipu! Abang Ayin kata Bunny dah balik!" . Semasa mereka makan tengahari Kak Ella telah pun bertolak menyambung kerja . .

Selepas makan, Bunny berikan kata laluan corak untuk sekuriti Tablet Bunny kepada mereka berdua . Mereka sangat² gembira dapat bermain dengan Tablet Bunny . Disebabkan adik arwah telah menghabiskan dahulu makanannya, jadi adiknya bermain dahulu .

Mereka begitu gembira bermain permainan 'Angry Birds Space' . Mereka juga minta pertolongan Bunny mengajar mereka tentang mengapa ada tarikan, mengapa khinzir itu menjadi ice, disebabkan Bunny menyukai sains, Bunny mengajar serba sedikit tentang graviti, vakum angkasa. . .

Semasa arwah meminta Tablet Bunny pada adiknya, berlaku pertelingkahan antara mereka berdua . . . . .Jadi Bunny merampas kembali Tablet Bunny dan pada waktu itu pun sudah sedikit lewat petang, jadi Bunny mengambil keputusan untuk pulang . .

Semasa bersiap, si adik meminta Bunny 'Air Milo' . . . . Pada mulanya Bunny tak mahu buatkan kerana mereka bertengkar sebentar tadi . . . Selangkah Bunny keluarkan kaki di pintu rumah Kak Ella, hati Bunny berkecamuk rasa tidak selesa . Kemudian Bunny tanggalkan kasut serta membuat air milo untuk adik arwah . . . Selepas sahaja siap air adiknya, si arwah meminta Bunny membuatkan air milo juga . Semasa menuang susu pekat, si arwah meminta air milo sejuk kerana Bunny membuat air adiknya milo panas . . . .

Selesai buat air mereka, Bunny terus bersalaman serta ingin pulang. Mereka berdua berlari anak ke arah Bunny si adik berbisik, mahukan hadiah pada hari lahirnya . . . Arwah juga menanya Bunny "Bila Abang Bunny datang lagi?Abang Bunny datang lah." . . Bunny menjawab "Kalau Bunny cuti,tak busy,Bunny datang.Tapi Puya jangan buli adik tau." . .




16 May:- Bunny menambah rakan didalam Facebook semasa ingin menghantar komen terima kasih pada Khuratul Ainie(Sepupu pada arwah), Bunny terlihat gambar arwah bersama caption "R.I.P.. Al-Fatihah tok arwah..." Menyebabkan Bunny marah kerana Bunny fikir seseorang ingin membuat lawak bodoh . . . Setelah menelefon Kak Ella . . Bunny menitiskan airmata kerana arwah sendiri tak sempat bermain Tablet Bunny . . . . . .

Al-Fatihah kepada arwah Putera Shahrul Nazmi . . . Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman . . . .

##Sedih. . . Itu yang mampu Bunny nyatakan . . . . Tidak sampai tempoh 24jam Bunny mengenali Adik . . . . . . . Allah sayangkan adik . . . Bunny doakan adik bahagia disana . . .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...