Arwah berjumpa Bunny pada 13 May Ahad malamnya . . . .
14 May:- Disebabkan sudah pun pukul 3pagi, Bunny mengambil keputusan untuk terus berada di rumah Ibu arwah .
Ditemani Ayin dan Bella, Bunny tidak tidur hingga lah azan Subuh berkumandang . Pada waktu itu . Kak Ella(ibu arwah) dan kedua anak lelakinya baru sahaja bangun dari tidur lantas terus bersiap-siap untuk persekolahan .
Semasa bersarapan, arwah dan adiknya ternampak Samsung Galaxy Tab Bunny dan mereka nampak teruja ingin bermain dengannya .
Pagi itu Bunny menemani Ayin menghantar kedua-dua anak lelaki Kak Ella ke sekolah mereka tidak jauh dari rumah . Ayin memandu kereta Kak Ella . .
Semasa Bunny bersalaman dengan arwah, arwah berkata . . . . "Abang Bunny balik pukul berapa? Abang Bunny tunggu Puya dengan adik tau. Kita orang balik pukul satu nanti ." . Bunny cuma jawab "Bunny tunggu sampai petang ." sambil senyum pada arwah . . .
Pada waktu tengaharinya, selepas menghantar Iera di Stesen KTM Sentul serta menghantar Bella ke sekolah, Bunny kembali ke rumah Kak Ella, arwah serta adiknya melonjak gembira melihat Bunny masih di rumahnya sambil berkata "Abang Ayin tipu! Abang Ayin kata Bunny dah balik!" . Semasa mereka makan tengahari Kak Ella telah pun bertolak menyambung kerja . .
Selepas makan, Bunny berikan kata laluan corak untuk sekuriti Tablet Bunny kepada mereka berdua . Mereka sangat² gembira dapat bermain dengan Tablet Bunny . Disebabkan adik arwah telah menghabiskan dahulu makanannya, jadi adiknya bermain dahulu .
Mereka begitu gembira bermain permainan 'Angry Birds Space' . Mereka juga minta pertolongan Bunny mengajar mereka tentang mengapa ada tarikan, mengapa khinzir itu menjadi ice, disebabkan Bunny menyukai sains, Bunny mengajar serba sedikit tentang graviti, vakum angkasa. . .
Semasa arwah meminta Tablet Bunny pada adiknya, berlaku pertelingkahan antara mereka berdua . . . . .Jadi Bunny merampas kembali Tablet Bunny dan pada waktu itu pun sudah sedikit lewat petang, jadi Bunny mengambil keputusan untuk pulang . .
Semasa bersiap, si adik meminta Bunny 'Air Milo' . . . . Pada mulanya Bunny tak mahu buatkan kerana mereka bertengkar sebentar tadi . . . Selangkah Bunny keluarkan kaki di pintu rumah Kak Ella, hati Bunny berkecamuk rasa tidak selesa . Kemudian Bunny tanggalkan kasut serta membuat air milo untuk adik arwah . . . Selepas sahaja siap air adiknya, si arwah meminta Bunny membuatkan air milo juga . Semasa menuang susu pekat, si arwah meminta air milo sejuk kerana Bunny membuat air adiknya milo panas . . . .
Selesai buat air mereka, Bunny terus bersalaman serta ingin pulang. Mereka berdua berlari anak ke arah Bunny si adik berbisik, mahukan hadiah pada hari lahirnya . . . Arwah juga menanya Bunny "Bila Abang Bunny datang lagi?Abang Bunny datang lah." . . Bunny menjawab "Kalau Bunny cuti,tak busy,Bunny datang.Tapi Puya jangan buli adik tau." . .
16 May:- Bunny menambah rakan didalam Facebook semasa ingin menghantar komen terima kasih pada Khuratul Ainie(Sepupu pada arwah), Bunny terlihat gambar arwah bersama caption "R.I.P.. Al-Fatihah tok arwah..." Menyebabkan Bunny marah kerana Bunny fikir seseorang ingin membuat lawak bodoh . . . Setelah menelefon Kak Ella . . Bunny menitiskan airmata kerana arwah sendiri tak sempat bermain Tablet Bunny . . . . . .
Al-Fatihah kepada arwah Putera Shahrul Nazmi . . . Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman . . . .
##Sedih. . . Itu yang mampu Bunny nyatakan . . . . Tidak sampai tempoh 24jam Bunny mengenali Adik . . . . . . . Allah sayangkan adik . . . Bunny doakan adik bahagia disana . . .