Total Pageviews

Monday, September 6, 2021

Be a LEADER, jangan jadi BOSS!

 


Simpan sini untuk kenangan.


Head of Operations department buat job yang teliti atas cara nak mengelakkan kedai terpaksa tutup bila salah satu staff terkena C-19,


1 - team staff outlet dibahagikan pada 2 team. Team A dan Team B.

2 - team A dan team B akan bergilir berkerja mengikut harian, seperti contoh Isnin, Rabu, Juma'at, ialah Team A masuk kerja, manakala Ahad, Selasa, Khamis, Sabtu, Team B. Bergilir la sampai tah bila..


•Manager stay Team A, aku lead Team B as most of benda system tech aku carry sebab dah memang aku suka buat benda² tu dan aku sendiri suka solve issue system dengan cara aku sendiri dalam masa yang cepat dalam kiraan masa rekod yang aku tetapkan dalam kepala aku.


NAMUN.


Kerap sangat pulak masuk personal message dari Manager/PIC. Sedangkan outlet ada workgroup chat untuk inform apa-apa perihal pasal pekerja.


Kalau hal tersebut pasal kerja dan TELITI TEPAT nya ia tentang tatacara kerja aku, aku faham la kena mesej personal. Ini info² kerja yang berkaitan dengan semua staff pun di share secara personal sekaligus menyebabkan aku tertanya-tanya "Ni mesej ni pasal siapa ni..? Ni hal kerja branch kita orang ke..? Ni semalam aku ada buat silap ke..?"


Tolak tepi la kerja yang aku buat, Manager ambil nama. Ni normal dah mana² tempat kerja pun.


•Al kisah aku buat stock receiving pada 30 Ogos 2021, dah buat elok semua siap noted dari arahan team handle supplier "Jangan buat penerimaan stok untuk 'Delivery Charges'". Aku buat seperti yang diarahkan.

•Jatuh pada hari Juma'at 3 September 2021, minggu yang sama, masuk stock lagi, dan perkara yang sama aku buat iaitu tidak membuat penerimaan 'Delivery Charges'. Tetapi, di keesokan harinya aku cuti, aku terima personal mesej dari Manager/PIC aku ni berbunyi "when select the quantity receiving time, dont fill in for delivery fees". Mula la aku pelik dan gelabah, aku ada buat receiving benda tu ke hari Isnin atau semalam?? Mesej tu ada tag 'forwarded' means mungkin team handle supplier baru inform si manager ni.


Benda pasal info tu BOLEH JE SHARE DALAM WORKGROUP CHAT instead of hantar personal message, tak pasal² aku call manager aku tu, aku tanya yang aku ada salah key in ke apa. Masa call tahu pulak tergagap-gagap macam orang tak reti terangkan apa benda yang dia nak buat.


Bila aku sound benda pasal info kerja group hantar la dalam workgroup chat, jangan hantar personal message, as dah salah anggap ingatkan ada buat silap ke apa rupanya cuma information semata-mata. Boleh pulak dia jawab:



[4/9/21, 11:46 AM] Some messages i dont wanna share to group,.i got my own reason

[4/9/21, 11:47 AM] Ok then next time whatever good or bad i will share to group



Pertamanya, own reason tah apa benda nya kita kerja di outlet yang sama. Kau pekerja, aku pun pekerja. Cumanya kau pekerja yang berpangkat dan sepatutnya lebih bertanggungjawab, memahami situasi dan keadaan. SEPATUTNYA. Big BOSS dekat sana tu tak ada pun dalam kedai ni. Disarankan buang sikap ego "aku boss".

Kedua, ni ugutan ke apa "good or bad I will share to group".



•Hari ni 6 September 2021, Isnin, PICs dan Managers ada meeting bermula dari 9 pagi.


AKHIRNYA masuk pun mesej dari Manager aku ni ke dalam workgroup chat. NAMUN!


Mesej dia tetap jugak bangang seperti orangnya.


"Hi **** crew,


when receiving cash sales from customer always hand count first in the cashier area.


Is was a case happen last week a crew received cash from customer didn't hand count and head direct to use money count machine count the cash, in the time crew didn't realise it have a memory set on the machine and cause crew short collect total RM800 from customer."



Secara bersangka baik: Aku rasa mesej ni adalah info dari meeting.


Secara bersangka buruk: Dia ni dah bodoh apa punya tahap ni, minggu lepas ada ke outlet short RM800. 


Kalau ada siapa yang buat? Team A? Team B? Team B yang aku handle tak ada pun short ke apa jadah. Means info cerita dia ni ada possible kes daripada OUTLET LAIN atau team dia sendiri. Ni la why kerja elok dah senang buat jadi stressful bangat, dapat manager nokharom namatey ababieee..


Aku selalu berpegang pada cara aku, jangan sesekali fikir "best jadi BOSS" sebaliknya buat cara 'seorang leader'.



Tuesday, July 7, 2020

Selamat Ulang Tahun Pertama

Disini aku mengucapkan selamat ulang tahun yang pertama dalam perkahwinan kami, Mohd Rahmat dan Siti NorSyafika.





Sebagai mana mengelirukan kisah hidup aku sebelum ini, begitu juga dengan kisah yang nak aku cerpenkan sekarang..

Mei 2018, pada waktu itu aku telah membuat keputusan untuk menjadi pasangan kepada kekasihku, Siti NorSyafika. Setelah dia selama ni berselindung sebagai kawan. Empat tahun pulak tu dia tenung pandang aku macam tu je. Rupa-rupanya....

Jun 2018, Raya Aidilfitri 2018, aku buat pertama kalinya bertolak sendiri ke Kelantan dari Kuala Lumpur bawa motor sedangkan aku paling tak suka dan dan takkan keluar dari Kuala Lumpur ni lagi-lagi nak pergi seorang diri.
-Demi berjumpa kedua ibubapa kekasih aku dan juga kenali ahli keluarganya.
-Dan menyuarakan isi hati untuk menjadi pasangan hidup Siti NorSyafika. (Part ni sememangnya aku biasa buat dari dahulu sebenarnya cuma yang lain-lain tu mungkin bukan lah jodoh aku)

Januari 2019, aku lagi sekali ke Kelantan tapi kali ini aku tak bawa apa-apa kenderaan. Aku naik bas. Perghhh berjam-jam baru sampai wehhhhhhhhhhhh! Dan untuk kali ke dua aku ke Kelantan ni sebab nak mengikat bertunang... Beli la cincin ikatan. Beli dekat sana, sebab aku tak tahu nak beli cincin macamana kang kena tipu tak fasal-fasal je. Solo cowboy 🤠 pergi meminang anak orang. 🤦🏻‍♂️ Aduh.



Julai 2019, 6 Julai 2019 selepas Isyak kami sah diijab kabul serta merta menjadi bekas kekasih dan terus dapat gelaran baru iaitu Suami Isteri.. Alhamdulillahirobbilalamiinn...









Begitu la ceritanya. Part yang tak berapa orang nampak tu, isteri aku ni dulu housemate ex aku. Senang kata, kira takde jodoh la yang sebelum tu. Itu la ini senang je dipermudahkan urusan.. Alhamdulillah.


-Sekian as'salamualaikum..


Thursday, March 15, 2018

Mulut Orang, Ada yang berbau Wangi, Ada yang berbau Bangkai.

Akhirnya dapat join ‘Survey Corps'!

Baru tadi 1st try guna pakai cape SC ni bawa motor pergi ke tempat kerja.

Sumpah selesa bila bawa slow dan masa berhenti di kawasan lampu trafik bawah cahaya terang benderang bahang matahari, tak ada rasa panas pun.

TETAPI, malangnya baru sampai tempat kerja, ada yang memerli -“tanjung rambutan ada kosong tu”. Terdetik aku dalam hati, ‘kalau tanya dulu kenapa pakai cape ni ke, apa ke, kenapa tak jaket ke, kenapa tak sweater ke, ni terus nak perli. Abah kau lah’.
Masa nak balik pulak lagi seorang berkata “benda ni kan orang ‘Templar’ pakai”. Aku bagi penerangan simple “ni kan dalam cerita Harry Potter(budak ni tak tahu anime AOT) tu, sekolah elit part EU pun ada pakai cape(ye aku tahu ni aku main taram)”. Masa dekat tempat parking nak naik motor, aku melawak dekat budak tu bagi nak sedapkan hati aku sendiri “Puntianak Hijau weh, hahahaha”.

Kemudian, sampai je rumah... Aku buka peti surat, clearkan pamplet iklan, ambil bil, surat-surat yang bukan bernama aku pun. Tiba-tiba bahu aku dicolek aunty cina a.k.a jiran aku... Dia tegur sapa aku, mungkin sebab tengah pakai cape ni dia nak panggil macam tu je takut salah orang. Dia tanya aku dah makan ke, baru balik kerja ke, pot pet la sikit. Then anak dia turun dan bawa dia masuk kereta untuk pergi makan malam(biasa dah diorang ni keluar makan time-time macam ni). Anak dia pun tegur aku dan berbual sikit. Aku pun balik....

Sampai rumah, aku buka cape ni... Aku terfikir... Bestnya pakai benda ni, tak panas, tak serabut, nak bawa pun ringan bukan macam jaket... Tersedar, eh, aunty dengan anak dia tadi. Boleh borak dan sapa aku macam biasa. Dekat sini baru aku tahu. Bukan salah cape ni aku kena perli, tapi masalah orang tu sendiri. Aku terus diperli tanpa disoal, kenapa, mengapa, sebab apa?

Selesa kah aku pakai cape ni?
Kenapa aku memakai cape ni?
Kenapa aku pilih cape ni?

Tak ada soalan ni tiba-tiba ‘tanjung rambutan', tiba-tiba ‘Templar' pun masuk..

Lantak korang lah, 6 Hari bekerja, muka sama yang aku kena hadap. Benda aku, barang aku, keselesaan aku, tak fasal-fasal aku dah termakan NASI MANDI KAMBING, SPAG & JU'S SPAGHETTI, hanya untuk MAKAN TENGAHARI. Terima kasih atas penambahan stress.

Alhamdulillah kalau la aunty dengan anak dia tu tak tegur aku for sure aku asyik pot pet pot pet mengadu dekat partner aku pasal stress aku..

Wednesday, November 29, 2017

Betrayed, Lost, and Found.

“From the search for a new smartphone... I stumbled upon a lot of many varieties of cool and futuristic features among the top, best, smartphones in the market.” 
“First look at iPhone 8. Were really wanted to feel how does iOS feels like and how it operates. But due to it lacks of dual SIM card functionality, it's out of my wishlist..” 

“Second thought of LG smartphones, immediately flashed back that LG in Malaysia kind of low on after-sales-services and their service center also far away in Tropicana in Subang” 

“Third survey choice on Asus such a waste of time since their top model are just on ‘Selfie’ diorama. Also they did broke my heart by lying about Zenfone 3 Deluxe that NEVER ARRIVE at ALL.” 

“Forth survey was conducted on Note 8 by Samsung. But... As soon as my normal ‘research on bad reviews’ it's so I can differentiate either to take the phone or not... Almost EVERY REVIEWERS said ‘DO NOT BUY THIS PHONE’ and they all have their reasons. So that's the end of Note 8 survey.” 

“Almost giving up all hopes on buying a new smartphone, might as well just keep on using my Nokia 216.” 

“But then, I remembered.. Couple of my customer did mentioned that they experience bad internet connection when in a outback region. But, their friend doesn't have any issue even on the same service provider company (eg. U Mobile). I asked what's the phone they been using? He replied, Huawei.” 

“From there I searched, surveyed, everything about Huawei. Then I fell in love with the ‘Dazzling Blue’.. Just because of my needing to have a lasting impression on power and stability, I've picked P10 Plus. (Mate 10 too damn bulky).” 

“Did I ever hold a Huawei before? Nope. Have I seen the phone before I would like to buy it? Nope. This is in fact is my first time ever to survey just by online, didn't even hold a display set since all of Huawei Store I visited didn't put P10 Plus on display. Everything I imagined it just by on the internet.” 

“First day I uses it. I'm impressed with the battery life usage. Since I played all of my app and games throughout the day, it does the job very well. The phone also includes a super charger adapter that really amazed me for it charges my phone from 0-100% just by an hour and 10 minutes. Tried with GPS usage, gaming, all day on Bluetooth connection, Facebook streaming, YouTube playlist of Misteri Jam 12, still, it lasted from morning till the next 15-16 hours usage. And the camera, at first I was like ‘WTF the camera settings are like airplane switches’. But then, after a few tweaking occurred, I love photographing!! The one and only phone that make me love photography! Hopefully this will be my most recent and outlasted best phone ever I ever have.” 

“Betrayed by Sony when they made a corrupted Android 7 update on my Xperia Z5 Premium and simply just left it to die with no further update to fix the issue..” 

“Now I've found a new companion. It lasted more than a day even with all my usages. Does the job. And, made me fall in love with ‘Photography’. Goodbye old friend...”

#p10plus#automode
#snapseed
#lifelog
#new
#old
#betrayed #sony
#huawei
#malaysia



Wednesday, July 19, 2017

As your heart being broken, so am I....

Breaking your heart felt as just as breaking my own heart...

Mirror Effect in any way...

Though I said "I hate you", truthfully I am far from what I've said....

As we argued, hatred compiled. The urge to be together are no longer felt.

Silence is the only thing that we both been doing for now....

Either it's still because of hate, or simply just doesn't want to back down to admit there's something wrong with this picture?

3 years, 5 months. 5 days.. +1 year as a friends.....

Will this be the last chapter of us? As you screamed for my death and I wished for your disappearance? So this is the final of us?

As if you read this...... As just you said earlier... I'm unworthy to have a partner... As I broke your heart.

Maybe that's true.. In fact, might be true... But the thing is......

As I broke your heart and as we argued so many time.... I've also, broke my own damn heart by beating our love story to the end of our relationship..

'Well it's easier to say you're mad than to admit that you're hurt'

I really do miss.... What we almost had.............. Love.
I miss that moment so much.......

Monday, April 3, 2017

April..... 2017



As'salamualaikum... Sekali lagi aku buka blog yang dah lama aku tak endahkan......

Baru² ni.... Pasangan aku, Miss Shafienaz, ada mengadu tentang kenduri kahwin kawan dia.. Yang mengajak semua orang(mengikut gambar² perkahwinan; hampir semua kawan yang lain dijemput/ajak) tetapi, tak jemput dia... Masa ni aku cuba tenangkan dengan berkata "kawan bukannya penting" (Maybe sebab aku sendiri dah takde kawan[so baik atau tak apa² jelah]).

Then.... Baru ni hari Sabtu, kawan dia yang aku sendiri pun kenal, tiba² dah kahwin(sebab aku ada nampak gambar bekas kawan baik Miss S bergambar dengan si pengantin). Aku pun memang tengah on-call dengan Miss S terus tanya la "Eh kawan U si F ni baru kahwin lah takde pergi ke?" Terus dia marah² letak phone..

Nak cakap lebih kang.... Lagi mengeruhkan keadaan, tapi tu la...... Aku sendiri dah rasa macamana orang lain aku... Bila nak cari gajet tak pun barang² elektronik baru nak tanya khabar. Kata orang kawan tu boleh bantu susah dan senang. Mana ada...... Aku sendiri dah masuk 26 tahun, kawan masa budak² sekolah dulu boleh la panggil kawan. As sekarang semua jadi lawan.. Jumpa pun takat angkat dagu tanda menegur, tak pun "eh wey, bla³, okay la aku ada hal ni nanti aku PM kau". Tapi then terus senyap......

Yang baca ni if ada yang cakap 'apa la takde life kawan pun takde', memang ada je orang yang takde kawan. Kawan sekerja tu panggil kawan ke? Yela time kerja je sudah. Kawan FB? Kawan dalam FB jelaaaaaaa... Ni pun aku curi pinjam kawan pasangan aku tak pun mana² musuh EX aku tu aku buat jadi kawan aku. LoL.... Tahi ah. Kesimpulan aku, kawan tak penting kalau takat nak isi ruang hidup baik isi pengalaman dalam ruangan² kosong tu. Dari buang masa, tenaga dan duit sebabkan KAWAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...